Panduan Perkahwinan Suami: Siri 2
0 Comments Published on Tuesday, May 16, 2006 at 5/16/2006 11:36:00 PM.
Etika dan Adab di malam pertama
Excerpt from www.alinaam.org.za
"It is thus clear that there is nothing wrong in learning or discussing matters related to marriage and sex for the sake of educating ourselves Islamically: Today when the world is realizing the importance of "sex education" in their crude and rude outlook, then why should we as Muslims feel ashamed of revealing Islam's decent and refined teachings in this field?"
Inilah malam yang penuh kebahagiaan, saksi kepada cinta yang terpupuk didalam dua jiwa berbeza. Malam yang akan mempertemukan dua insan berlainan jantina tapi bersatu dalam satu rasa cinta dan sayang. Malam inilah akan menjadi kenangan indah sepanjang perkahwinan. Keindahan,kemesraan di malam yang digelar malam pertama inilah yang akan menjadi titik tolak
kepada kehidupan berpanjangan penuh harmonis sebagai suami isteri.
Malam pertama pastinya akan menjadi debaran kepada sesiapa sahaja yang bakal bergelar suami isteri. Pada malam inilah akan terserlah mahkota yang terpelihara, baik yang teruna mahupun dara. Seharusnya malam ini dilalui dengan penuh bahagia, adab dan tertib sebagai seorang insan. Perlakuan insan yang dibezakan dengan akal fikiran perlulah diserasikan dan dipraktikkan di malam pertama.
1. Bersihkan badan dari kekotoran seharian. Menjadi kebiasaan Rasul saw utk membersihkan dirinya dengan bersiwak sebelum bersama isterinya. Pakailah pakaian yang sederhana dan bersih. Bagi si isteri, hidupkan suasana berahi dan bahagia dengan memakai minyak wangi yang tidak keterlaluan.
2.Dahulukanlah dengan memberi salam dan kata-kata pengucapan yang baik kepada isteri . Yang terbaiknya ialah, tunaikanlah solat sunat hajat atau syukur sebagai menandakan rasa terima kasih kita kepada Allah yang telah menyempurnakan nikmat perkahwinan. Penuhkan hati dengan ingatan tidak putus kepada nikmat Allah yang pastinya akan membuahkan rasa syukur kepadaNya. Disinilah letaknya kehebatan hubungan atr Yang Maha Rahim dan hambaNya. Sedar tidak sedar rasa syukur kepada Tuhan yang telah mengurniakan nikmat perkahwinan ini, akan memutikkan rasa sayang diantara pasangan antara satu dgn yang lain.
3. Tidak dapat dinafikan, betapa malam pertama akan mencetuskan rasa segan dan silu atr suami dan isteri. Tambahan bagi mereka yang tidak menikmati cinta sebelum berkahwin. Aurat yang selama ini dipelihara akan diperlihatkan kepada pasangan masing-masing. Disinilah pentingnya kelembutan dan kesopanan terutamanya bagi pihak suami. Kesabaran dalam memecahkan tembok segan dan malu itu pastinya akan menjadi kenangan manis sepanjang hayat. Berlemah lembutlah dalam berbicara dan pergerakan. Ucapakan kata-kata manis dan manja.
4. Mulakan dengan sentuhan manja dan mesra. Berniatlah dgn niat tulus suci bahawa penyatuan dan persetubuhan yang akan berlaku ini adalah utk menjauhkan diri dari maksiat dan juga sbg memenuhkan tanggungjawab sebagai manusia yang perlukan kasih sayang. Bahkan Rasul saw bersabda bahawa persetubuhan yang halal adalah sedeqah.Jadikan sentuhan-sentuhan manja dan mesra itu sebagai pembuka atau mukadimah kepada penyatuan dua tubuh.
Persetubuhan di malam pertama
Nikmat jimak akan terhasil melalui perkongsian rasa,jiwa dan fizikal secara halal atr suami dan isteri. Jimak di malam pertama semestinya akan dikenang menjadi kenangan manis atr suami dan isteri. Justeru itulah mukadimah dan pembuka kepada jimak ini perlu di ambil kira.
Dalam Islam sendiri dianjurkan agar persetubuhan dimulakan dengan mukadimah melalui kata-kata berahi dan cumbu-cumbuan. Tidak digalakkan mendatangi isteri pada malam pertama dalam keadaan gopoh gapah, kelak akan meninggalkan fobia dan kesan yang tidak elok sepanjang perkahwinan.
Persetubuhan malam pertama akan menjadi titik tolak kebahagiaan yang dicari selama ini. Oleh hal demikian beberapa perkara perlu dibuat dan jangan dibuat.
Perlu dibuat
1. Bersihkan diri zahir dan batin.
2. Siapkan tempat tidur dengan kemas
3. Baca doa dan ayat2 Quran sebelum berjimak. Doa yang paling afdhal ialah Bismillah, Allahumma Jannibis syaitan, Wajannibissyaitan marazaqtani. Bacalah surah Ikhlas baran sekali dua utk meniupkan semangat tauhid dalam perkahwinan.
4. Bercumbu-cumbuan (foreplay)
5. Posisi yang betul (akan dibincangkan nanti)
6. Bersihkan alat kelamin sejurus selapas hubungan jimak selesai.
7. Mandi wajib as soon as possible.
Perkara jangan dibuat
1. Rakus dan gopoh gapah
2. Berbogel bulat
3. Berjimak dengan perut yang kenyang sangat
4. Meminum air sejurus selepas berjimak
5. Mengadap Kiblat

0 Responses to “Panduan Perkahwinan Suami: Siri 2”
Post a Comment