Panduan Perkahwinan Suami Isteri: Siri Satu
0 Comments Published on Sunday, May 14, 2006 at 5/14/2006 10:23:00 AM.
Sebelum melangkah ke alam perkahwinan, persediaan utk menghadapinya adalah penting. Persediaan yang dibuat bukan sahaja merangkumi persediaan zahir dan lahiriah, tetapi yang lebih utama bagaimana diri mampu utk memecah tembok al-hayah yakni rasa malu apabila buat kali pertama disatukan atr lelaki dan wanita. Pelbagai cara dan teknik telah dikemukankan secara jelas,terang dan nyata berpandukan nilai2 ynag telah pon digarispandukan didalam agama kita Islam.
Sumber-sumber daripada kitab-kitab terkemuka dan buku-buku berkenaan tema seks dalam perkahwinan agak sukar didapati kerana masalah mentaliti masyarakat Melayu yang masih tidak dapat menerima pendidikan seks dibincangkan secara terbuka. Maka tidak hairanlah kebanjiran laman-laman berahi dan lucah tajaan anak Melayu mendapat tempat dihati para pengguna internet.
Pendidikan dan pengetahuan seks adalah perkara yang perlu dilihat secara positif. Bagi bakal pasangan suami isteri dan juga yang telah bergelar suami isteri, pendidikan seks mampu merencanakan kebahagiaan rumahtangga yang bakal dan telah didirikan. Tidak salah sekiranya pendidikan seks yang dipelajari itu baik dari mana-mana sumber sekalipun dipraktikkan mengikut nilai-nilai dan adab Islam serta adat ketimuran.
Persediaan Batin
Persediaan batin berkait rapat dengan kerohaniaan dan juga lahiriah seseorang. Seseorang yang mengamalkan gaya hidup sihat dan sentiasa menjaga kesejahteraan akal dan fikirannya, mampu menterjemahkan kekuatan batin yang tiada tandingan. Hari ini ramai pria yang risau akan kesihatan batin mereka. Pelbagai jenis rawatan dan ubatan ditawarkan demi utk mengatasi masalah ini. Namun tidak ramai yang mengetahui akan peri pentingnya pencegahan dan petua yang perlu diamalkan bagi menjaga kesempurnaan batin mereka.
Batin vs Zahir
Secara lahiriahnya lelaki adalah golongan yang dilahirkan untuk bersifat aktif dan bertenaga. Percayalah, mereka yang aktif bersukan dan mempunyai stamina yang baik adalah mereka yang mempunyai tenaga batin yang sihat. Bersukan dan melakukan aktiviti-aktiviti yang mengeluarkan tenaga yang tidak keterlaluan adalah salah satu bentuk latihan dalam menguatkan tenaga batin. Tentu sekali didalam bersukan contohnya olahraga, teknik mengawal nafas dipraktikkan. Didalam bolasepak misalnya loncatan dan juga larian mampu menguatkan otot-otot sekitar paha dan pinggang. Begitu juga bagi mereka yang meminati renang. Renang adalah aktiviti yang merangkumi banyak senaman utk kesihatan batin yang mantap. Pengawalan nafas, pergerakan kaki dan pinggang serta pengimbangan badan mampu melatih tenaga dalaman dan luaran utk bergerak seimbang, terutamanya semasa aktiviti seks bersama isteri berjalan. Para isteri tidak perlu bimbang akan suami mereka yang aktif dalam bersukan. Mereka pasti akan mengkagumi suami-suami mereka setelah merasai nikmatnya.
Hubungan Batin dan Kerohaniaan
Disinilah bezanya atr pengamalan dan teknik-teknik seks dari sumber-sumber yang selain ISLAM. ISLAM menggariskan panduan dan kaedah yang suci demi memelihara kelakian dan kehebatan lelaki serta kelembutan dan kehormatan wanita dalam apa jua aspek. Larangan utk memuaskan nafsu ditempat yang salah, anjuran menjauhi zina dan seks diluar nikah serta amalan-amalan agama yang lain sebenarnya membawa hikmah kepada kesejahteraan rohani. Ketenangan rohani penting dalam menjamin hubungan seks yang harmoni dan sihat. Rohani yang cool dan relax akan membawa pasangan kepada pemfokusan dalam melakukan hubungan seks yang natijahnya mmebawa kebahagiaan dlam rumah tangga.

0 Responses to “Panduan Perkahwinan Suami Isteri: Siri Satu”
Post a Comment