Seks Melayu: Cara dan Praktikal

All about Seks Melayu. From Malaysian to the World. Education purpose containing material like sex position,technique,advices and more. Preserve the old treasure on Malay Sex advices and tips.Provides tips and how to materials according to Islam teaching.


Minyak Lintah KARUT

DEBUNK BY DR ISMAIL THAMBY

Usah terpedaya produk palsu

“SAYA membeli produk minyak lintah bagi kekuatan ‘kelelakian’ saya. Produk ini adalah pembelian di internet dan saya sudah menggunakannya. Saya juga membuat pembelian ‘pil kuat’ untuk tujuan sama.

“Namun yang membimbangkan, ada yang memaklumkan produk ini memberi kesan jangka panjang ke atas pengguna. Keadaan ini membimbangkan saya. Saya perlukan nasihat doktor.”


Ini antara soalan yang banyak saya terima di laman web ini.

Nasihat saya kepada mereka yang mengemukakan soalan ialah, ramai lelaki dan wanita menjadi mangsa penjual barangan karut yang kini banyak dalam internet tetapi kemudian berdepan masalah seksual yang kronik.

Bukan bermaksud untuk menakutkan anda, tetapi ini adalah hakikatnya kerana pembeli bukan saja mudah terpedaya dengan produk palsu, tetapi juga yang tidak diketahui kandungannya yang mungkin memberi impak buruk terhadap kesihatan mereka.

Kini orang ramai tidak lagi perlu bersusah payah untuk mencari produk kekuatan seksual kerana dengan hanya satu klik di internet, iklan barangan karut itu muncul dengan gambaran dan maklumat meyakinkan.

Untuk makluman pembaca, lintah menyedut darah dan darah ini tidak beku di dalam tubuhnya kerana kandungan enzim Hirudin. Enzim ini sesuai untuk mencairkan darah beku atau mengelak darah membeku.

Sehubungan itu, Hirudin yang dihasilkan sebagai ubat untuk mencairkan darah atau dikenali sebagai ‘Heparin’ sesuai untuk rawatan mengatasi masalah darah beku dan bukan untuk membesar atau kekuatan zakar.

Justeru, maklumat yang anda dapati daripada iklan penjual minyak lintah itu hanya penipuan. Malah, tiada jaminan lintah digunakan untuk menghasilkan minyak berkenaan dan berkemungkinan bahan lain.

Nasihat saya ialah, usah membazir duit lagi. Jika berasa anda perlu lakukan sesuatu untuk memantapkan kesihatan syahwat, lebih baik berjumpa ahli farmasi di mana-mana farmasi untuk mendapat nasihat jika malas berjumpa doktor.

Sekali lagi saya ingin jelaskan, minyak lintah apa jenama pun tidak memberi kesan kepada kesihatan anggota sulit. Ini hanya penipuan dan pembaziran bagi mereka yang membelinya.

Dapatkan produk yang diuji kaji dan mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan atau Agensi Perubatan Antarabangsa seperti FDA di Amerika Syarikat. Sila rujuk doktor atau ahli farmasi berdekatan.

0 Responses to “Minyak Lintah KARUT”

Post a Comment



© 2006 Seks Melayu: Cara dan Praktikal | Blogger Templates by GeckoandFly.
No part of the content or the blog may be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online.