Seks Melayu: Cara dan Praktikal

All about Seks Melayu. From Malaysian to the World. Education purpose containing material like sex position,technique,advices and more. Preserve the old treasure on Malay Sex advices and tips.Provides tips and how to materials according to Islam teaching.


Rangsang isteri guna tangan

Rangsang isteri guna tangan

SAYA sudah mendirikan rumah tangga dan inginkan pandangan tuan berhubung merangsang isteri menggunakan tangan. Adakah ia boleh memberi kesan negatif kepadanya?



KASIM | Putrajaya.

HUBUNGAN seksual mengeratkan silaturahim antara lelaki dan pasangan isterinya. Pendekatan hubungan kelamin mengikut citarasa kedua-dua pasangan dan ini bermaksud melakukan aktiviti yang mereka mendapat nikmat dan keseronokan.

Jadi, terpulanglah kepada kehendak pasangan, sama ada dia ingin sentuhan intim kepada keseluruhan tubuh badannya atau tempat yang merangsangkan nafsunya. Antaranya, menyentuh anggota kemaluan dengan tangan dan jari asalkan perkara ini tidak menyakitkan dirinya.

Hubungan seksual membabitkan sentuhan kulit dan ia termasuk sentuhan kulit anggota kelamin lelaki dan perempuan. Memandangkan kulit anggota yang luas ada pada tubuh manusia maka mudah untuk pasangan kelamin menikmati sentuhan kulit serta menikmati pelbagai perasaan dan keseronokan.

Sentuhan intim kepada badan menyegarkan serta menggelorakan nafsu pasangan kelamin dan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Selain itu dalam melakukan hubungan seksual, pasangan kelamin bertanggungjawab memastikan anggota kelamin mereka sihat, bersih dan tanpa apa-apa gejala penyakit seperti penyakit kulit.

Jika ada sesuatu yang luar biasa kepada anggota kemaluan elok bertemu doktor untuk kepastian. Sehubungan itu, mustahak lelaki dan perempuan yang berkahwin melakukan pemeriksaan kendiri anggota kelamin secara kerap dan berkala.

dipetik dari HMetro

0 Responses to “Rangsang isteri guna tangan”

Post a Comment



© 2006 Seks Melayu: Cara dan Praktikal | Blogger Templates by GeckoandFly.
No part of the content or the blog may be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online.